Kehidupan aku apabila bersendirian…pada waktu lapang aku gemar duduk seorang diri memikirkan masa depanku ini…adakah aku akan berjaya dalam hidup ataupun tidak…aku sedar kehidupan ini perlu ditentukan…aku tak dapat meggambarkan keadaan masa akan datang…siapa aku…andai kata masa boleh diputarkan kembali, aku mahu memperbaiki kesilapan yg lalu…aku tak tahu apa yg aku tulis ini, aku cuma ingin mengetahui… aku merupakan harapan keluarga untuk mengubah kehidupan keluarga ku…adakah aku akan berjaya ataupun tidak…aku berasal dari sebuah keluarga yg sederhana yg hidup penuh dengan pancaroba…aku mempunyai kawan seperti hasan, wan dan khai…mereka merupakan dari keluarga yg agak senang daripada aku…aku malu dengan mereka kerana diriku, pakaianku terlalu murah berbanding diri mereka…hasan merupakan anak jutawan dari Pekan Pahang…siapa tak kenal Dato’ Zulkifli ahli parlimen Pekan yg merupakan tokoh politik yg terkemuka…dan yg lain itu merupakan anak kontraktor kelas A yg mempunyai projek berjuta-juta…aku tinggal di asrama dengan katil yg berbunyi dan kipas tak berfungsi…kawan-kawan aku selalu menggelar diri aku nak berstylo tapi duit tak ada, hasan merupakan orang yg kuat mengutuk diriku ini dan seorang kaki perempuan…mana taknya, anak jutawan la katakan…al-kisah pula tentang kawanku yg bernama khai a.k.a kimmy…seorang yg minat tentang bina badan…dia selalu mengajak aku ke gym tapi aku tidak dapat pergi kerana tak berduit…seterusnya kawanku wan…yg seorang kaki perempuan tetapi telah insaf kerana ditimpa buah kelapa atas kepala yg menyebabkan koma 3 bulan 10 hari….semasa koma dia mendapat petunjuk dan hidayah untuk kembali ke pangkal jalan…aku berjanji, aku akan terus berdoa dan tidak akan mengikut jejak langkah hasan dan wan…cukuplah disini yg boleh aku gambarkan…bagi sesiapa yg membaca blog aku ni, buatlah pengajaran dan iktibar dalam kehidupan yg seharian…sekian wassalam…salam satu Malaysia…
No comments:
Post a Comment