ketenangan sumber inspirasi


Ketenangan sumber inspirasi. Itulah yg aku tulis di dalam gambar di atas. Bagi aku, ketenangan adalah penting dalam membuat sesuatu perkara. Tanpa ketenangan, aku rasa kerja yg aku buat tak memuaskan. Kepuasan adalah segala2nya dalam kemuncak apa yg aku lakukan. Aku baru sedar yg ketenangan penting dalam membuat sesuatu perkara ketika aku berada di bangku sekolah. Dulu aku mengalami kesukaran dalam menghadapi masalah kerana kegelisahan & keresahan. Ini membuatkan aku memikirkan punca & cara mengatasi bagi menghadapi masalah2 yg akan aku harungi di kemudian hari nanti. Akhirnya aku belajar cara menenangkan diri semasa menghadapi sesuatu masalah. Sehingga kini, hampir kesemua masalah aku berjaya diselesaikan dengan mudah apabila aku berada dalam keadaan tenang. Begitu mudah otak aku berfikir mencari jalan penyelesaian untuk sesuatu perkara. Memang betul kata pereka2 tak kisah la pereka apapun asalkan diri mereka pereka. Mereka berkata kebanyakan hasil mereka bermula daripada ketenangan yg menjadi sumber inspirasi dalam mereka cipta sebarang rekaan. Contohnya pencipta lagu, mereka memerlukan ketenangan dalam mencipta lagu supaya hasil lagu tersebut sedap didendangkan. Itulah yg aku maksudkan dengan ketenangan sumber inspirasi. Gambar di atas ni telah aku edit dengan cara cut & paste. Gambar background tiada apa yg diubah. Aku Cuma cut & paste gambar aku ke atas gambar background. Gambar aku tu asalnya gambar di pulau pangkor. Disebabkan background tak berapa cantik & tak nampak laut, aku cut & paste ke atas gambar yg menarik tu. Gambar tu nampak tak original mungkin kerana aku baru dalam penggunaan adobe photoshop. Insyallah aku akan terus berusaha membuat gambar seakan2 original. Sekian terima kasih kerana membaca…Peace no more…haha


No comments:

Post a Comment