waterfall


Air terjun yg dibelakang aku ini indah panoramanya yg dihiasi dengan pokok2 kehijauan semulajadi…arus deras sungai yg mengalir umpama arus permodenan yg kian canggih…aku umpama menunggu ibu air datang yg membawa segala benda dari puncak…aku dapat melihat arus permodenan yg kini menjadi perlumbaan diantara negara-negara maju…mereka mula membangunkan teknologi2 canggih seperti keretapi paling pantas, bangunan pencakar langit paling tinggi, dan pelbagai lagi yg dapat aku lihat pada dunia hari ini…malaysia tidak terkecuali dalam membangunkan teknologi terbaru…apa yg dapat aku lihat dari kebaikannya, ciptaan2 yg direka menggunakan teknologi canggih ini dapat memudahkan kerja2 seharian…dari segi keburukannya pula melibatkan kos yg mahal untuk pengguna yg tidak berkemampuan, selain itu menjejaskan kehijauan bumi…oleh itu, sengaja aku meletakan gambar aku berlatar belakangkan air terjun dan pokok2 yg menghijau supaya dapat menyedarkan pembaca2 yg selama ini tak sedar2 lagi…sekian, ikhlas dari aku…haha


santai


Kehidupan aku apabila bersendirian…pada waktu lapang aku gemar duduk seorang diri memikirkan masa depanku ini…adakah aku akan berjaya dalam hidup ataupun tidak…aku sedar kehidupan ini perlu ditentukan…aku tak dapat meggambarkan keadaan masa akan datang…siapa aku…andai kata masa boleh diputarkan kembali, aku mahu memperbaiki kesilapan yg lalu…aku tak tahu apa yg aku tulis ini, aku cuma ingin mengetahui… aku merupakan harapan keluarga untuk mengubah kehidupan keluarga ku…adakah aku akan berjaya ataupun tidak…aku berasal dari sebuah keluarga yg sederhana yg hidup penuh dengan pancaroba…aku mempunyai kawan seperti hasan, wan dan khai…mereka merupakan dari keluarga yg agak senang daripada aku…aku malu dengan mereka kerana diriku, pakaianku terlalu murah berbanding diri mereka…hasan merupakan anak jutawan dari Pekan Pahang…siapa tak kenal Dato’ Zulkifli ahli parlimen Pekan yg merupakan tokoh politik yg terkemuka…dan yg lain itu merupakan anak kontraktor kelas A yg mempunyai projek berjuta-juta…aku tinggal di asrama dengan katil yg berbunyi dan kipas tak berfungsi…kawan-kawan aku selalu menggelar diri aku nak berstylo tapi duit tak ada, hasan merupakan orang yg kuat mengutuk diriku ini dan seorang kaki perempuan…mana taknya, anak jutawan la katakan…al-kisah pula tentang kawanku yg bernama khai a.k.a kimmy…seorang yg minat tentang bina badan…dia selalu mengajak aku ke gym tapi aku tidak dapat pergi kerana tak berduit…seterusnya kawanku wan…yg seorang kaki perempuan tetapi telah insaf kerana ditimpa buah kelapa atas kepala yg menyebabkan koma 3 bulan 10 hari….semasa koma dia mendapat petunjuk dan hidayah untuk kembali ke pangkal jalan…aku berjanji, aku akan terus berdoa dan tidak akan mengikut jejak langkah hasan dan wan…cukuplah disini yg boleh aku gambarkan…bagi sesiapa yg membaca blog aku ni, buatlah pengajaran dan iktibar dalam kehidupan yg seharian…sekian wassalam…salam satu Malaysia…


kehausan di padang pasir

aku masih tercari-cari dimanakah gadis pujaan hati…umpama aku berada di kawasan padang pasir yg tiada air…walaupun kelihatan ada sedikit air ditepi tu (air panas tu) namun aku terus mencari dan mencari dan mencari sampai la aku penat…tiba-tiba, sun glass aku jatuh (alamak silau la pulak)…ku mendongak ke atas ku ternampak segumpal awan rope nak gelap je, ada can nak hujan…aku bersorak gembira…ropenya aku pakai sun glass patut la gelap…aku terus mencari dimana cinta pujaan aku…dan terus mencari…aku berhenti seketika untuk mencari dimana cinta ku…aku berpikir sejenak, aku toleh ke kiri dan ke kanan…ku lihat di sekeliling ku hanya hamparan padang pasir dan sejemput air yg belum tentu sedap diminum…setelah puas berpikir, baru la aku dapat tau cinta yg hakiki hanya pada Ilahi…

ketenangan sumber inspirasi


Ketenangan sumber inspirasi. Itulah yg aku tulis di dalam gambar di atas. Bagi aku, ketenangan adalah penting dalam membuat sesuatu perkara. Tanpa ketenangan, aku rasa kerja yg aku buat tak memuaskan. Kepuasan adalah segala2nya dalam kemuncak apa yg aku lakukan. Aku baru sedar yg ketenangan penting dalam membuat sesuatu perkara ketika aku berada di bangku sekolah. Dulu aku mengalami kesukaran dalam menghadapi masalah kerana kegelisahan & keresahan. Ini membuatkan aku memikirkan punca & cara mengatasi bagi menghadapi masalah2 yg akan aku harungi di kemudian hari nanti. Akhirnya aku belajar cara menenangkan diri semasa menghadapi sesuatu masalah. Sehingga kini, hampir kesemua masalah aku berjaya diselesaikan dengan mudah apabila aku berada dalam keadaan tenang. Begitu mudah otak aku berfikir mencari jalan penyelesaian untuk sesuatu perkara. Memang betul kata pereka2 tak kisah la pereka apapun asalkan diri mereka pereka. Mereka berkata kebanyakan hasil mereka bermula daripada ketenangan yg menjadi sumber inspirasi dalam mereka cipta sebarang rekaan. Contohnya pencipta lagu, mereka memerlukan ketenangan dalam mencipta lagu supaya hasil lagu tersebut sedap didendangkan. Itulah yg aku maksudkan dengan ketenangan sumber inspirasi. Gambar di atas ni telah aku edit dengan cara cut & paste. Gambar background tiada apa yg diubah. Aku Cuma cut & paste gambar aku ke atas gambar background. Gambar aku tu asalnya gambar di pulau pangkor. Disebabkan background tak berapa cantik & tak nampak laut, aku cut & paste ke atas gambar yg menarik tu. Gambar tu nampak tak original mungkin kerana aku baru dalam penggunaan adobe photoshop. Insyallah aku akan terus berusaha membuat gambar seakan2 original. Sekian terima kasih kerana membaca…Peace no more…haha